Zakaria Barabag

Zakaria Barabag

ZAKARIA BARABAG dilahirkan pada 24 Disember 1974 di Kampung Tamau, Kota Belud, Sabah, Malaysia. Merupakan anak ke-7 dari lapan orang adik-beradik yang mendapat pendidikan awal di SK. Tamau, Kota Belud, SUI. Merbau, Kota Belud dan Ma’ahad Tarbiyah Islamiyah, Kampung Tengah Derang, Pokok Sena Kedah.

Seterusnya meneruskan pendidikan menengah di SMK. Taun Gusi Kota Belud sebelum memasuki Latihan Perguruan Asas di Maktab Perguruan Kent, Tuaran Sabah dan Latihan Perguruan Khas di Maktab Perguruan Tun Abdul Razak, Sarawak.

Memperolehi Ijazah Sarjana Muda Pendidikan dengan Kepujian Sains dari Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia, Universiti Malaysia Sarawak dan Ijazah Sarjana dalam Taksonomi dan Biodiversiti di Institut Biologi Tropika dan Pemuliharaan, Universiti Malaysia Sabah.

Mempunyai pengalaman berkhidmat sebagai guru di beberapa buah sekolah rendah termasuk SK. Sembulan, SK. Narawang, SK. Pahu Himbaan dan SK. Pulau Gaya. Pernah berkhidmat di SMU. Toh Puan Hajah Rahmah sebelum ke SMK. Inanam, Kota Kinabalu. Seterusnya berkhidmat sebagai pensyarah di Institut Pendidikan Guru Kampus Keningau di samping khidmat secara sambilan di Universiti Terbuka Malaysia Cawangan Keningau.

Selain memegang tanggungjawab sebagai penjawat awam, kini sedang meneruskan penyelidikan myrmecology yang berpusat di Institut Biologi Tropika dan Pemuliharaan, UMS dengan kerjasama pakar dari Natural History Museum of the National Science Museum, Thailand di bawah tajaan Hadiah Latihan Persekutuan, Kementerian Pendidikan Malaysia dan Geran Penyelidikan UMS Great.

Penglibatan dalam NGO sebagai Presiden Persatuan Graduan Iranun Sabah (PAGISA), Ahli Persatuan Ikatan Penulis Sabah (IPS) dan International Network for Myrmecologists (ANeT).

Memiliki sedikit pengalaman menulis artikel seminar, journal dan akhbar tempatan dalam lapangan biologi dan pendidikan. Menyertai team Iranun Nusantara.net untuk memperkukuh hubungan silaturahim, pertukaran informasi dan bahan penyelidikan tentang Iranun serantau di Malaysia, Filipina dan Indonesia.

Sidang Editorial Iranun Nusantara

2021 © Iranun Nusantara. Hak Cipta Terpelihara.