Masmujahidah Binti Masrin

Masmujahidah Binti Masrin

MASMUJAHIDAH BINTI MASRIN  lahir pada tahun 1994 dan berasal dari Kota Belud, Sabah.

Beliau merupakan anak ke-10 daripada pasangan Haji  Masrin bin Hassin bersama Puan Jamlahai binti Mohd Abas.

Mendapat Pendidikan awal di SMK (A) Tun Said Kota Belud, seterusnya ke peringkat A-Level melalui University of Cambridge International Examination di Institute Sinaran Kota Kinabalu.

Beliau menyambung pendidikannya dalam jurusan undang-undang menerusi UK Degree Transferring Programme di HELP University, Kuala Lumpur.

Beliau kemudian memperoleh Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang Dengan Kepujian di University of the West of England, Bristol United Kingdom pada tahun 2017. Kini, beliau merupakan calon Peperiksaan Sijil Amalan Guaman Malaysia.

Semasa zaman persekolahannya, beliau kerap kali terlibat dalam bidang perucapan awam, perbahasan, pidato dan forum perdana.

Beliau juga bergiat aktif dalam aktiviti mempromosi kesasteraan dan kebudayaan masyarakat Iranun semasa menuntut di universiti.

Pernah menjadi moderator, Master of Ceremony, penceramah serta penyampai kertas kerja dalam beberapa program NGO sejak tahun 2014.

Beliau sudah terdedah kepada kajian dan penyelidikan mengenai peradaban, asal usul dan adat istiadat masyarakat Iranun sejak dari kecil kerana bapa beliau merupakan antara pengkaji awal sejarah bangsa Iranun iaitu seawal tahun 1960-an lagi.

Oleh kerana bapa beliau juga adalah pengumpul khazanah bangsa Iranun seperti Bayuk, Darangen, Digiuani, Iringa’ dan Sambirungan, maka beliau juga terlibat secara langsung dalam proses pengumpulan dan penyimpanannya.

Sidang Editorial Iranun Nusantara

2021 © Iranun Nusantara. Hak Cipta Terpelihara.