Mabulmaddin Shaiddin

Mabulmaddin Shaiddin

MABULMADDIN SHAIDDIN lahir pada 06 April 1972 di Kg Tamau, Kota Belud , Sabah. Beliau merupakan seorang penyair, cerpenis dan esais. Esei-esei Mabulmaddin tentang bahasa dan budaya Iranun pernah disiarkan melalui majalah Dewan Budaya dan Jendela Sabah.

Dalam bidang persuratan, Mabulmaddin menghasilkan tiga buah buku kumpulan puisi antaranya Stensil Pari-Pari, Sabda Sunyi dari Musim yang Hening dan Doa, Cinta dan Pohon Lilir. Puisi-puisinya pernah tersiar dalam majalah Dewan Sastera , Bahana (Negara Brunei Darussalam), Riau Pos, Tanjung Pinang Pos, Jambi, Radar Banyuwangi, Cakrabangsa, Batam Pos,Inside Pontianak.

Mabulmaddin juga pernah bertugas sebagai wartawan akhbar Utusan Malaysia sejak 2014 sehingga akhbar itu ditutup pada 2020.. Mabulmaddin adalah AJK Tertinggi BKI (Persatuan Bahasa dan Kebudayaan Iranun Sabah) sehingga kini.

Sidang Editorial Iranun Nusantara

2021 © Iranun Nusantara. Hak Cipta Terpelihara.