Iskandar Zulkarnain

Iskandar Zulkarnain Bin Ramli

ISKANDAR ZULKARNAIN BIN RAMLI dilahirkan pada 13 Mei 1997 dan merupakan anak kelahiran Kampung Tamau-Pintasan, Kota Belud.

Beliau merupakan seorang aktivis orator yang aktif memberikan khidmat kejurulatihan profesional kepada sektor korporat, Jabatan/agensi kerajaan, dan institusi pendidikan.

Lulusan Ijazah Sarjana Muda Sains Sosial (Sejarah) dengan kepujian dari Fakulti Sains Sosial Dan Kemanusiaan, Universiti Malaysia Sabah Ini pernah mendapatkan pendidikan menengahnya Di SMK Agama Tun Said, Kota Belud (2010-2014) dan SMK Agama Mohamad Ali, Ranau (2015-2016).

Dalam kontribusi pendidikan, Beliau pernah berkhidmat sebagai pensyarah merangkap Ketua Jabatan Pengajian Umum, Kolej Kiara (2020). Pada tahun 2019, beliau mengasaskan Kelab Penulisan Dan Alumni UMS (KAPENA) bagi menggalakkan mahasiswa UMS terlibat dalam kegiatan Penulisan, Wacana, Dan Kajian.

Beliau kini turut menjawat jawatan sebagai Ahli Majlis Tertinggi (Biro Pendidikan Dan Agama) dalam PAKIS Malaysia.

Sebagai pengiktirafan, beliau pernah memenangi Anugerah Pembahas Terbaik Bahas Ala Parlimen Piala KPM Negeri Sabah Tiga Tahun Berturut (2012, 2013, 2014). Beliau juga merupakan Johan Pertandingan Pidato Nusa Bangsa UKM Peringkat Kebangsaan (2018).

Anak Sabah pertama menjadi Johan Pertandingan Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu Peringkat Malaysia (2019) Dan Naib Johan PABM Antarabangsa (2019).

Beliau turut dinobatkan sebagai penerima Anugerah Pendebat Popular Dalam Malaysiakini Parliament Debathon Awards (2019). Terbaru beliau dianugerahkan sebagai The Best Speaker Awards dalam Persidangan Dewan Undangan Negeri Belia Sabah (2021).

Sekarang Bertugas Sebagai Pegawai Khas Kepada Special Envoy BIMP-EAGA Sabah.

Sidang Editorial Iranun Nusantara

2021 © Iranun Nusantara. Hak Cipta Terpelihara.