Almawati Rakim

Almawati Rakim

ALMAWATI RAKIM  lahir di Kampung Merabau Kota Belud pada 11 Ogos 1982.

Anak ketiga daripada lima adik beradik ini mendapat pendidikan  rendah di SK Tamau kemudian melanjutkan pelajaran menengah SMK Taun Gusi.

Selepas itu, Almawati memasuki Kolej Komuniti Yayasan Sabah (KKYS) sehingga lulus sijil kewartawanan.

Kemudian mendapat Latihan praktikal di RTM Kota Kinabalu sebelum menjalani Latihan di New Sabah Times.

Selepas tamat Latihan, beliau ditawarkan untuk bekerja sebagai wartawan di suratkhabar yang sama bermula tahun 2001 hingga 2005. Kemudian dilantik  menjadi pembantu penyunting bahagian Bahasa Malaysia di New Sabah Times (2005-2020).

Sidang Editorial Iranun Nusantara

2021 © Iranun Nusantara. Hak Cipta Terpelihara.