Abd Naddin Haji Shaiddin

Abd Naddin Haji Shaiddin

ABD NADDIN HAJI SHAIDDIN dilahirkan di Kota Belud,Sabah,52 tahun lalu. Sudah berkeluarga dengan Fauziyah Nurdin dan dikurniakan tiga cahayamata, Sitti Mehran Yasmine, Ahmad Fawzan dan Ahmad Aliff Farhan.

Bertugas sebagai wartawan kanan di Utusan Borneo ( 1994-2021). Bersama rakan-rakannya mengasaskan portal berita Online Sabah360online.com.

Beliau juga adalah :

  • Ketua Satu Ikatan Penulis Sabah (IPS).
  • Mantan Ketua Penerangan Persatuan Sejarah Malaysia (PSM) Cawangan Sabah.
  • Ketua Penerangan Badan Bahasa dan Kebudayaan Iranun (BKI).
  • Penyelidik bahasa sukuan dan menganggotai JK Penyelidik Bahasa Sukuan DBP Sabah/Sarawak sejak 1988.
  • Sebagai Ahli Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA), beliau pernah berkhidmat sebagai Pegawai Seranta Ibu Pejabat USIA bermula Dis 1996-31 Dis 2004, Pegawai Penerbitan 1 Feb 2009 hingga 2012.

Selain itu, beliau juga aktif menulis di berbagai media dan suratkhabar di Malaysia, Indonesia dan Brunei. Beliau pernah menjadi :

  • Ahli Persatuan Wartawan Sabah (SJA) dan Persatuan Wartawan Kota Kinabalu (KKJA).
  • Editor Majalah Umpia (BKI) Warkah Sejarah (PSMCS)
  • Editor Bersekutu Majalah Etnik (DBPCS).
  • Editor majalah Komposisi (IPS)dan Buletin USIA 1996-2004, Risalah Usia 2009-2012
  • AJK Wanita dan Media Majlis Penasihat Wanita Sabah (MPWS) 2009-2010, 2011-2012
  • Jawatankuasa Pemasaran dan Korporat Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah, 2019-2020
  • AJK Pembangunan Seni Visual dan Kraftangan Lembaga Pengarah, Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah 2020/2023

Sidang Editorial Iranun Nusantara

2021 © Iranun Nusantara. Hak Cipta Terpelihara.