OLEH: Hajah Baie Tunganai Datu Alang
Setiap bangsa atau suku kaum mempunyai masakan tradisi tersendiri, begitu juga dengan suku kaum Iranun. Masakan tradisi ini biasanya dipengaruhi oleh cara hidup dan persekitaran sesuatu kaum itu.
Contohnya masyarakat Iranun biasanya tinggal di pesisiran pantai dan menjadi nelayan dan bercucuk tanam, justeru itu masakan Iranun tidak dapat dipisahkan dengan campuran herba dan kelapa.

PENULIS…Hajah Baie Tunganai Datu Alang
Salah satu masakan kaum Iranun yang menjadi kegemaran ialah “SIAGER IKAN”, menjadi hidangan istimewa ketika hari perayaan, majlis kahwin, majlis kenduri dan lain-lain. Kebanyakan masyarakat Iranun yang tinggal di bandar ketika balik kampung, pasti merasa seronok bila dihidangkan masakan tradisi Iranun seperti siager, “kulia a getik (lukan) dengan pucuk rebung” dan “kerep a pialapaan (kulat sisir dgn kelapa)”.
Masakan inilah hidangan istimewa arwah makcik saya (Hajah Salinah) yang menjadi idaman kami semua anak beranak, sepupu sepapat dan anak-anak saudara, setiap kali lebaran pasti balik kampung, selain dari melepas kerinduan pada keluarga, juga tidak mahu terlepas hidangan
istimewa ini. Ini membuktikan bahawa melalui masakan boleh mengeratkan tali persaudaraan dan kasih sayang (bperararuna) .
Oleh kerana masakan “siager” ini menjadi kegemaran, boleh dikatakan semua masyarakat Iranun pandai/belajar masak siager sebab bukan saja perempuan yang mesti pandai masak siager, tapi kaum lelakipun perlu pandai masak, sebab kalau kahwin dengan wanita dari kaum lain, sekurang-kurangnya dia boleh masak atau dapat mengajar isterinya.

DIGEMARI…kaum lelakipun Iranun juga pandai memasak siager
Baru-baru ini, anak saya rindu makan siager, walaupun dia separuh Kelantan tapi tekak Iranunnya masih kuat. Oleh kerana tiada ikan yu/pari, jadi saya cuba masak “Siager aLangalak (ikan Tuna), lari dari kebiasaan orang tua tua yang biasa guna ikan yu atau ikan pari. Kebetulan pula, herba-herba yang diperlukan saya dapat dari pasar KPD di Tg Lipat.
Izinkan saya kongsikan di sini resipi dan cara saya memasak Siager Tuna baru-baru ini, maaf sebab sukatannya adalah anggaran sahaja dan bahan-bahannya, apa yang ada sahaja.
Bahan-bahannya:
- Ikan langalak (tuna) anggaran satu setengah kilogram, tidak termasuk kepala.
- Kelapa parut putih (kelapa yang tempurungnya masih putih) RM3.00
- Kelapa untuk santan RM3.00
- Kunyit hidup 3 inci ditumbuk
- luya bedtek (lada susu) RM3.00 dibelah dua
- sakurab (daun bawang kampung) setengah ikat RM1.00 dipotong-potong
- bawing (kemangi) RM1.00
- serai 3 batang dititik
- 5 biji bawang merah, 5 ulas bawang putih, 1 inci halia, beberapa biji cili padi (ditumbuk lumat)
nota: kalau guna bangutan (buah kulim) tidak perlu pakai bawang merah, bangutan ini agak kuat
baunya. - sedikit hirisan bawang merah untuk ditumis
- Sedikit air asam jawa atau boleh guna iba’ (belimbing buluh) jika ada.
- garam dan serbuk perasa jika suka.
Cara:
- Bersihkan ikan dan rebus, saya suka masukkan sedikit bawang, halia, asam, supaya hilang
hanyirnya terutama ikan yu/pari. - Setelah masak, angkat, buang tulang dan hancurkan.
- Tumbuk kunyit, lada, bawang dan kelapa putih, gaulkan sebati dgn isi ikan tadi dan perap dalam
30 minit, tidak perappun boleh saja. - Tumis bawang hiris, serai, masukan campuran ikan, santan dalam 2 cawan, setelah mendidih,
masukkan asam jawa - Setelah hampir kering, masukkan luya bedtek, sakurab, bawing, garam secukup rasa. Hidang dan
hiaskan dengan lada merah - Selamat mencuba. (Artikel sumbangan Hajah Baei Tunganai Datu Alang-mantan Pengarah
Jabatan Akauntan Negara Malaysia Negeri Sabah)