Syukur Alhamdulillah, akhirnya kita dapat melayari dan membaca portal berita mingguan Iranunnusantara.Net yang digerakkan oleh Inisiatif Iranun Untuk Perubahan , sebuah grup non profit, non partisan yang terdiri dari kalangan penulis, wartawan, budayawan, akademisi dan golongan professional dan mendapat sokongan daripada masyarakat Iranun.
Kelahiran Iranunnusantara.net adalah satu inisiatif untuk memberikan informasi, pengetahuan, maklumat dan berita untuk atau mengenai sukubangsa Iranun dari segala aspek bukan saja di Sabah tetapi kepada seluruh masyarakat Iranun di seantero Nusantara,dari Tampasuk ke Mindanao, Iranun Melayu Timur di Riau, Lingga,Indragiri Hilir, Tanjung Jabung di Jambi,keturunan Iranun di Bangka Belitung, Tolitoli atau dimana saja berada.
Iranunnusantara.net mengusung slogan `Su ka isa a bangsa, na su ka pamagayun-ayun’ atau makna harfiahnya bersatunya suatu bangsa kerana saling berkerjasama, bertujuan untuk menghubungkan generasi Iranun di seluruh Nusantara iaitu di Malaysia, Filipina, Indonesia, Brunei hingga ke seluruh dunia.
Dalam tempoh yang boleh dikatakan agak singkat, sudah pasti banyak kelemahan yang terdapat dalam portal berita mingguan ini. Untuk itu, kami mohon maaf dari lubuk hati yang paling dalam tetapi terus komited untuk meningkatkan kualiti penyajian berita, artikel dan pengisian bahan untuk kolum kolum yang disediakan.
Kami juga mengucapkan penghargaan dan terima kasih kepada penyumbang-penyumbang sama ada dari segi tenaga, kewangan, bahan tulisan dan sebagainya sehingga impian untuk mewujudkan portal berita Iranunnusantara.net ini dapat direalisasikan.
Selain itu, kami juga mengalu-alukan sumbangan idea, tenaga, dana,bahan bahan tulisan mengenai Iranun dan masyarakatnya bagi memastikan portal berita mingguan ini akan terus bertahan pada masa masa yang akan datang.
Tabia sa muuntul, ampun sa di suramig
Salam takzim
ABD NADDIN HAJI SHAIDDIN